Potong gaji penjawat awam tangani inflasi, kata PM Korea Selatan

Potong gaji penjawat awam tangani inflasi, kata PM Korea Selatan

Penjawat awam harus membenarkan gaji mereka dipotong untuk pengukuhan dasar fiskal, kata Han Duck-soo.

Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck-soo, berkata setiap orang perlu mengorbankan bahagian mereka dalam menangani kadar inflasi yang melambung tinggi. (Gambar AP)
SEOUL:
Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck-soo berkata bahawa terdapat keperluan untuk mengurangkan gaji penjawat awam demi menangani inflasi, lapor Yonhap.

“Penjawat awam harus membenarkan gaji mereka dipotong untuk mengukuhkan dasar fiskal,” kata Han ketika persidangan di Parlimen.

Apabila kadar inflasi yang melambung tinggi datang dari kedua-dua bahagian penawaran dan permintaan, Han berkata, “Setiap orang perlu mengorbankan bahagian mereka.”

Menteri Kewangan Choo Kyung-ho menggesa firma swasta mengelak menaikkan gaji secara berlebihan, memberi amaran bahawa kenaikan gaji sedemikian boleh mencetuskan inflasi.

Ditanya mengenai kenyataan Choo, Han berkata, kerajaan berada dalam “kedudukan sukar” dan meminta firma swasta menyertai langkah mengurangkan inflasi.

Harga pengguna meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh hampir 24 tahun pada Julai disebabkan harga tenaga dan makanan yang tinggi.

Harga pengguna melonjak 6.3% bulan lalu berbanding tahun sebelumnya, meningkat daripada enam peratus pada Jun, menurut data kerajaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.