India pecat 3 tentera berhubung insiden lancar peluru berpandu ke Pakistan

India pecat 3 tentera berhubung insiden lancar peluru berpandu ke Pakistan

Perkhidmatan mereka ditamatkan berkuat kuasa serta-merta, menurut Tentera Udara India.

Peluru berpandu BrahMos dilaporkan terhempas berhampiran bandar Mian Channu di wilayah Punjab dalam kejadian 9 Mac lalu. (Gambar AFP)
NEW DELHI:
Kerajaan India memecat tiga pegawai tenteranya ekoran insiden melancarkan peluru berpandu ke Pakistan pada Mac.

Perkhidmatan mereka ditamatkan berkuat kuasa serta-merta, menurut Tentera Udara India.

Siasatan mendapati berlakunya pengabaian terhadap prosedur operasi standard oleh tiga pegawai berkenaan sehingga membawa kepada insiden menembak peluru berpandu dengan tidak sengaja, menurut pihak tentera dalam satu kenyataan pada Selasa.

Peluru berpandu BrahMos, ialah sistem senjata yang dibangunkan Rusia dan India, terhempas berhampiran bandar Mian Channu di wilayah Punjab pada 9 Mac.

Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan susulan insiden berkenaan dan Kementerian Pertahanan India pada ketika itu mengeluarkan kenyataan mengenai berlakunya “kepincangan teknikal”.

Pakistan membantah keras insiden itu dan menyifatkannya sebagai “pencabulan tanpa provokasi” terhadap ruang udaranya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.