Penyerang Salman Rushdie tak dibenar ikat jamin

Penyerang Salman Rushdie tak dibenar ikat jamin

Pada 12 Ogos lalu, novelis terkenal itu ditikam di bahagian leher dan perut ketika hendak menyampaikan syarahan di Institusi Chautauqua.

Hadi Matar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan, iaitu cubaan membunuh tahap dua dan serangan tahap dua. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Suspek yang menyerang novelis terkenal, Salman Rushdie menggunakan pisau minggu lalu mengaku tidak bersalah dan ditahan tanpa sebarang ikat jamin, lapor Sputnik memetik laporan Buffalo News pada Khamis.

Hadi Matar, 24, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan, iaitu cubaan membunuh tahap dua dan serangan tahap dua, menurut laporan itu.

Pada 12 Ogos lalu, Rushdie ditikam di bahagian leher dan perut oleh Hadi, ketika hendak menyampaikan syarahan di Institusi Chautauqua, di barat New York.

Rushdie dimasukkan ke hospital dan menggunakan bantuan ventilator.

Ahad lalu, Rushdie dilaporkan tidak lagi bergantung kepada bantuan alat pernafasan dan mampu bercakap.

Rushdie ialah penulis kelahiran India dan memenangi pelbagai hadiah sastera serta mencetuskan kontroversi menerusi bukunya “The Satanic Verses” yang dikatakan menghina Islam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.