
Api memusnahkan 6,200 hektar (15,300 ekar) tanah di wilayah yang terkenal dengan ladang anggur dan “chateaux” (rumah agam Perancis) yang lama itu, namun tiada kecederaan dilaporkan, kata pegawai Martin Guespereau.
Seribu anggota bomba dikerahkan untuk memadam kebakaran itu. Perdana Menteri Elisabeth Borne menjanjikan bantuan nasional kepada wilayah berkenaan. Katanya, beliau akan ke Gironde pada Khamis bersama-sama Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin.
Kebakaran marak di seluruh selatan dan barat daya Perancis sejak Julai ketika haba melampau terus menyelubungi sebahagian besar Eropah. Kebakaran yang berlaku selama seminggu itu dilaporkan menelan kos sejumlah €6.6 juta (USD6.8 juta).