
Rekod tertinggi dicatatkan bandar itu sebelum ini adalah 21,562 pada 2 Feb. Kerajaan metropolitan melaporkan kes harian lebih 10,000 sejak 12 Julai.
Bercakap dalam sidang media, ketua setiausaha kabinet Hirokazu Matsuno menegaskan perlunya memerhatikan impak terhadap sistem perubatan, namun menolak kemungkinan sekatan pergerakan akan dilaksanakan.
Menteri Kesihatan Shigeyuki Goto berkata lonjakan kes itu mungkin meningkatkan bilangan pesakit dengan gejala teruk, seterusnya menjejaskan sistem penjagaan kesihatan.
Ini kerana ia berkemungkinan mengakibatkan jangkitan berkumpulan di kemudahan yang mempunyai ramai individu berisiko tinggi seperti hospital dan rumah penjagaan.
Kerajaan menegaskan tiada perancangan melaksanakan sekatan pergerakan walaupun bilangan kes melonjak.
Dalam pada Jepun menghampiri percutian musim panas, industri pelancongan dan restoran turut bimbang gelombang baharu jangkitan akan menjejaskan lagi perniagaan mereka yang telah pun mengalami pukulan hebat akibat gelombang-gelombang jangkitan sebelum ini.