Pengendali loji nuklear Fukushima diarah bayar ganti rugi USD95 bilion

Pengendali loji nuklear Fukushima diarah bayar ganti rugi USD95 bilion

Empat bekas majikan Tokyo Electric Power Company (Tepco) diarahkan membayar ganti rugi susulan saman yang dikemukakan pemegang saham berhubung bencana nuklear yang dicetuskan oleh tsunami besar.

Kemalangan pada 2011 itu adalah bencana nuklear terburuk sejak Chernobyl dan mendorong pengisytiharan zon pemindahan di sekitar loji itu. (Gambar AP)
TOKYO:
Mahkamah Tokyo hari ini mengarahkan bekas eksekutif pengendali loji nuklear Fukushima yang terjejas akibat bencana tsunami pada 2011, untuk membayar sekitar 13 trilion yen atau USD95 bilion sebagai ganti rugi, lapor media tempatan.

Empat bekas majikan Tokyo Electric Power Company (Tepco) diarahkan membayar ganti rugi susulan saman yang dikemukakan pemegang saham berhubung bencana nuklear yang dicetuskan oleh tsunami besar.

Tiga daripada reaktor loji nuklear Fukushima Daiichi itu sedang beroperasi ketika berlaku gempa bumi besar di dasar laut sehingga mencetuskan tsunami dahsyat pada 11 Mac 2011.

Sistem penyejukan loji terbabit gagal berfungsi apabila ombak menenggelamkan penjana kuasa gantian, mengakibatkan loji terbabit mengalami krisis.

Kemalangan itu adalah bencana nuklear terburuk sejak Chernobyl dan mendorong pengisytiharan zon pemindahan di sekitar loji itu.

Kira-kira 12% daripada wilayah Fukushima diisytiharkan tidak selamat tetapi zon larangan kini meliputi sekitar 2%, walaupun penduduk di kebanyakan bandar kekal jauh lebih rendah berbanding sebelum ini.

Kes Tepco dibawa mahkamah oleh mereka yang terselamat daripada bencana itu serta pemegang saham.

Ia kini terbabit dalam usaha selama beberapa dekad untuk menutup loji itu, satu proses yang menelan kos yang tinggi dan sukar dilakukan.

Tsunami 11 Mac 2011 susulan gempa bumi berukuran sembilan pada skala Richter mencetuskan bencana alam yang mengakibatkan kira-kira 18,500 orang maut atau diisytiharkan hilang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.