Covid-19: India lapor 16,678 kes di tengah kebimbangan subvarian baharu

Covid-19: India lapor 16,678 kes di tengah kebimbangan subvarian baharu

26 kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan korban mencecah 525,454.

Pegawai kesihatan India memberi amaran bahawa subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 mungkin mencetuskan lonjakan jangkitan Covid-19 di negara itu. (Gambar AP)
NEW DELHI:
India melaporkan 16,678 kes di tengah-tengah kebimbangan subvarian baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah 43,639,329, menurut data dikeluarkan kementerian kesihatan persekutuan negara itu pada Isnin.

Sementara itu, bilangan kes aktif di negara itu meningkat kepada 130,713 setakat ini, lapor Xinhua.

Menurut kementerian itu, 26 kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan korban mencecah 525,454.

Pegawai kesihatan memberi amaran bahawa subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 mungkin mencetuskan lonjakan jangkitan Covid-19 di negara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.