
MEXICO CITY: Penyerang yang tidak dikenali membunuh wartawan akhbar tempatan Expreso, Antonio de la Cruz dan mencederakan anak perempuannya di kediaman mereka di Ciudad Victoria, Tamaulipas, lapor Sputnik.
“Pagi ini, de la Cruz, wartawan akhbar Expreso dibunuh.
“Menurut maklumat awal, beliau diserang di rumahnya sendiri di Jalan Puerta de la Luna, kawasan Puerta de Tamatán di Ciudad Victoria,” menurut akhbar itu dalam kenyataan pada Rabu.
Anak perempuannya turut cedera dalam serangan itu.
Pada 2021, tujuh wartawan Mexico dibunuh, disifatkan sebagai jumlah tertinggi di dunia, menurut pertubuhan hak asasi manusia, Articulo 19.
Dalam pada itu, 35 wartawan terkorban dalam tempoh tiga tahun Presiden Andres Manuel Lopez Obrador memerintah.