Jepun rekod musim hujan paling singkat dalam sejarah

Jepun rekod musim hujan paling singkat dalam sejarah

Agensi meteorologi menjangkakan suhu tinggi direkod dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Menurut media Jepun musim hujan tahun ini adalah yang paling singkat pernah direkodkan. (Gambar AP)
TOKYO:
Musim hujan berakhir secara tiba-tiba di beberapa bahagian di Jepun, menurut agensi meteorologi Jepun pada Isnin, dan suhu tinggi dijangka direkodkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Agensi cuaca memberi amaran bahawa “musim hujan berakhir lebih cepat daripada biasa tahun ini” dan ramai dijangka mengalami strok haba akibat tidak dapat menyesuaikan diri dengan cuaca panas terik yang tiba lebih awal.

Menurut media Jepun musim hujan tahun ini adalah yang paling singkat pernah direkodkan.

Pada kebiasaannya, musim hujan berakhir pada pertengahan hingga akhir Julai.

Menurut Sputnik, penyiar Awam NHK memetik pegawai cuaca sebagai berkata bahawa suhu akan meningkat ke paras tertinggi dalam dua minggu akan datang.

Suhu meningkat kepada 35 darjah Celsius (95 darjah Fahrenheit) dalam tempoh tiga hari lalu.

Pegawai itu berkata tempoh hujan yang singkat ditambah dengan cuaca panas melampau boleh mengancam bekalan air negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.