Sekurang-kurangnya 2 terkorban dalam letupan tempat ibadat Sikh-Hindu di Afghanistan

Sekurang-kurangnya 2 terkorban dalam letupan tempat ibadat Sikh-Hindu di Afghanistan

Tiga siri letupan didakwa berlaku di pintu pagar kuil di kejiranan Kart-e-Parwan, manakala dua lagi letupan berlaku dalam kuil.

Dua orang awa dilaporkan terbunuh dan tiga anggota keselamatan cedera dalam tiga siri letupan di sebuah rumah ibadat Sikh-Hindu, di Kabul, Afghanistan. (Gambar Twitter/Manjinder Singh Sirsa)
KABUL:
Sekurang-kurangnya dua orang awam terbunuh dan tiga anggota keselamatan cedera dalam tiga siri letupan di sebuah rumah ibadat Sikh-Hindu yang terletak di Kabul, Afghanistan pada Sabtu, lapor Xinhua.

“Kami mendengar satu letupan kuat di pintu pagar sebuah kuil di kejiranan Kart-e-Parwan sekitar 6 pagi waktu tempatan.

“Dua lagi letupan berlaku di dalam kuil itu,” kata seorang saksi.

Pasukan keselamatan telah mengepung kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga dan beberapa das tembakan amaran turut dilepaskan oleh pasukan keselamatan.

Menurut laporan awal, lelaki bersenjata menyerbu masuk bangunan itu dan tiga anggota keselamatan cedera akibat kejadian itu.

Rakaman yang disiarkan di media sosial menunjukkan asap kelihatan daripada bangunan dua tingkat itu yang dikelilingi tembok. Media dan orang ramai tidak dibenarkan menghampiri lokasi kejadian.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini.

Pada Mac 2020, seramai 24 penganut terbunuh apabila sebuah rumah ibadat Sikh-Hindu diserang di pusat bandar Kabul.

Pada Jumaat, seorang terbunuh dan tujuh lagi cedera selepas letupan melanda sebuah masjid di wilayah Kunduz di utara negara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.