Seorang maut, 8 cedera selepas kereta api laju tergelincir di China

Seorang maut, 8 cedera selepas kereta api laju tergelincir di China

Dua daripada gerabak kereta api laju D2809 itu tergelincir dari landasan yang ditimpa batuan runtuh dan lumpur ketika menghampiri stesen Rongjiang.

Sebuah kereta api berkelajuan tinggi yang dalam perjalanan dari Guiyang ke Guangzhou tergelincir dari landasan di daerah Rongjiang, Wilayah Guizhou di barat daya China. (Gambar AP)
BEIJING:
Seorang pemandu maut manakala lapan lagi cedera selepas kereta api berkelajuan tinggi tergelincir dari landasan pada pukul 10.30 pagi Sabtu di daerah Rongjiang, Wilayah Guizhou di barat daya China, menurut China State Railway Group Co, Ltd.

Dua daripada gerabak kereta api laju D2809 dalam perjalanan dari Guiyang ke Guangzhou tergelincir dari landasan yang ditimpa batuan runtuh dan lumpur ketika keretapi itu menghampiri stesen Rongjiang, menurut syarikat itu.

Mangsa yang cedera termasuk seorang atendan kereta api dan tujuh penumpang, lapor Xinhua.

Mangsa telah menerima rawatan di hospital berdekatan, manakala 136 penumpang lain telah dipindahkan.

Siasatan berhubung kemalangan sedang dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.