4 maut dalam kejadian tembakan di Oklahoma

4 maut dalam kejadian tembakan di Oklahoma

Kejadian berlaku di sebuah hospital tempatan dan suspek dipercayai maut akibat menembak diri sendiri.

Polis hadir di lokasi kejadian tembakan yang mengorbankan empat orang, termasuk suspek, di Bangunan Natalie, Hospital St. Francis di Tulsa, Oklahoma pada Rabu. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Empat orang terbunuh di bandar barat tengah Tulsa, Oklahoma, Amerika Syarikat dalam kejadian tembakan di sebuah hospital tempatan, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik polis pada Rabu.

Polis berkata, pihaknya menerima panggilan mengena kejadian tembakan di Bangunan Natalie di Hospital St. Francis pada 4.52 petang waktu tempatan dan pegawai tiba di lokasi kejadian kira-kira empat minit kemudian.

“Setakat ini, empat orang awam dan seorang penembak maut,” kata Timbalan Ketua Polis Eric Dalgleish kepada pemberita.

Polis turut menemui selaras senapang panjang dan sepucuk pistol di tempat kejadian, dipercayai digunakan suspek.

Polis berkata, identiti suspek yang dipercayai maut akibat menembak diri sendiri belum dapat disahkan, namun siasatan awal mendapati individu tersebut adalah seorang lelaki kulit hitam berusia antara 35 hingga 40 tahun.

Butiran lanjut mengenai motif kejadian tidak dimaklumkan.

Kejadian berlaku ketika bandar itu menyambut ulang tahun ke-101 tragedi pembunuhan Tulsa, yang menyasarkan penduduk kulit hitam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.