Wanita Palestin maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat

Wanita Palestin maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat

Tentera Israel menghalang pegawai perubatan untuk sampai ke tempat kejadian selama kira-kira 20 minit.

Tentera Israel menambak wanita Palestin kerana mendakwa wanita itu bersenjatakan pisau dan cuba menyerang seorang anggotanya. (Gambar AP)
RAMALLAH:
Seorang wanita Palestin maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat pada Rabu, lapor Agensi Anadolu, memetik kenyataan Kementerian Kesihatan.

Ghufran Harun Warasneh, ditembak di dada berhampiran kem Al-Aroub, utara Hebron.

Menurut Bulan Sabit Merah Palestin, tentera Israel menghalang pegawai perubatan untuk sampai ke tempat kejadian selama kira-kira 20 minit.

Wanita itu dimasukkan ke hospital Al-Ahly dalam “keadaan kritikal” sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Tentera Israel bagaimanapun mendakwa wanita itu bersenjatakan pisau dan cuba menyerang seorang anggotanya, menyebabkan tentera bertindak melepaskan tembakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.