
Ketua Polis Narathiwat Pol Waesame Salae, berkata kejadian berlaku pada kira-kira 9 malam (waktu tempatan) di pos kawalan marin yang terletak berdekatan dengan Pengkalan Kubor, di Tumpat, Kelantan di sebelah Malaysia.
Sekumpulan 10 lelaki dipercayai anggota militan melepaskan tembakan bertubi-tubi dan melontar bom paip ke dari arah daratan dan sungai, dalam kejadian berlanjutan kira-kira 30 minit.
Penduduk Pengkalan Kubor dikatakan turut mendengar dengan jelas bunyi letupan bom dan tembakan itu.
“Tiga anggota polis marin yang sedang bertugas cedera akibat terkena serpihan bom.
“Beberapa buah kenderaan musnah akibat letupan. Selain itu, bangunan terletak berdekatan (pos kawalan) turut mengalami kerosakan,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan di tempat kejadian.
Selain itu, beliau berkata satu letupan bom turut dilaporkan berdekatan sebuah kedai serbaneka.
“Bom buatan sendiri seberat 20kg itu diletupkan pihak tidak bertanggungjawab. Namun, tiada kecederaan dilaporkan. Namun, beberapa tiang elektrik yang terletak berdekatan dilaporkan mengalami kerosakan.
Setakat ini, belum ada tangkapan dibuat, dan tiada pihak mengaku bertanggungjawab berhubung letupan dan berbalas tembakan itu.