
MANILA: Sebuah feri membawa 124 penumpang dan 10 anak kapal yang dalam perjalanan ke wilayah Quezon di Pulau Luzon terbakar pada Isnin, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh maut, lapor agensi berita Xinhua memetik jurucakap pengawal pantai Filipina (PCG).
Komodor Armand Balilo berkata, kapal Mercraft 2 itu berlepas pada 5 pagi waktu tempatan dari bandar Polillo di wilayah itu, menuju pelabuhan Real sebelum terbakar kira-kira 900 meter dari pelabuhan.
Kebakaran itu memaksa penumpang dan anak kapal terjun ke laut, dengan 105 daripadanya berjaya diselamatkan dan enam penumpang dihantar ke hospital.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.