
Pyongyang mengumumkan kes pertama Covid minggu lalu dan sejak itu melaporkan hampir dua juta kes “demam panas” dan 63 kematian dalam populasi negara itu yang tidak divaksin.
Laporan media kebangsaan tidak memperincikan bilangan kes atau kematian akibat positif Covid, namun pakar berpendapat sistem kesihatan negara itu tidak mampu membuat ujian saringan dan diagnosis pada skala besar.
Penularan itu pengakuan Pyongyang mengenai kegagalan sekatan ketat dilaksanakan selama tahun yang menjejaskan teruk ekonominya sejak awal pandemik.
Korea Selatan turut menawarkan bantuan minggu lalu, namun Pyongyang belum memberi maklum balas, kata pegawai.
Beijing – ekonomi besar terbaru berjaya mengekalkan dasar Covid sifar yang turut berdepan penularan di dalam negara – turut menawarkan bantuan kepada Pyongyang.
Walaupun tiada pengesahan mana-mana pihak, Korea Utara nampaknya telah menerima tawaran China itu dengan mengerahkan tiga pesawat kargo Air Koryo ke Shenyang untuk mendapatkan bekalan perubatan, lapor agensi berita Yonhap Korea Selatan minggu ini.
Wakil Lapangan Terbang Shenyang dan Air Koryo di Shanghai memberitahu AFP mereka tiada maklumat mengenai penerbangan masuk dari Korea Utara.
Pakar memberi amaran krisis kesihatan besar bakal melanda Korea Utara, yang mempunyai antara sistem kesihatan terburuk di dunia, dengan bilangan hospital yang kurang, tiada ubat rawatan bagi Covid atau keupayaan membuat ujian saringan besar-besaran.