Dianggap ‘ektremis’ Ustaz Abdul Somad dihalang memasuki Singapura

Dianggap ‘ektremis’ Ustaz Abdul Somad dihalang memasuki Singapura

Ulama itu, yang telah melakukan perjalanan dengan feri dari pelabuhan Batam, Indonesia ke Singapura pada hari Isnin mempunyai pengikut dalam talian yang ramai di negara majoriti Muslim terbesar di dunia itu.

Abdul Somad Batubara telah membuat komen yang memburukkan agama lain. (Gambar Instagram Ustadz Abdul Somad)
SINGAPURA:
Singapura pada lewat semalam berkata, pegawai imigresen di negara itu telah menafikan kemasukan seorang ulama Islam Indonesia, Abdul Somad Batubara dengan memetik apa yang dikatakan sebagai “ajaran ekstremis dan pengasingan”.

Ulama itu, yang telah melakukan perjalanan dengan feri dari pelabuhan Batam, Indonesia ke Singapura pada hari Isnin mempunyai pengikut dalam talian yang ramai di negara majoriti Muslim terbesar di dunia itu.

“Somad telah diketahui menyebarkan ajaran ekstremis dan pengasingan, yang tidak boleh diterima dalam masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura,” kata Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura dalam satu kenyataan.

Somad, bersama enam rakannya, dinafikan memasuki Singapura selepas ditemu bual oleh pegawai imigresen sempadan di terminal feri di Singapura.

“Somad telah berdakwah bahawa pengeboman berani mati adalah sah dalam konteks konflik Israel-Palestin, dan dianggap sebagai operasi ‘syahid’,” kata MHA.

“Beliau juga telah membuat komen yang memburukkan ahli komuniti agama lain, seperti Kristian, dengan menyifatkan salib Kristian sebagai tempat kediaman ‘jin kafir (roh/syaitan)’.

Selain itu, Somad secara terbuka menyebut orang bukan Islam sebagai ‘kafir’ ,” katanya.

Somad bagaimanapun tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas insiden itu dan Kementerian Luar Indonesia juga enggan mengulas mengenainya.

Dalam video yang dimuat naik ke saluran YouTubenya, Somad berkata pegawai imigresen tidak memberi penjelasan kepadanya kerana menghalang beliau daripada memasuki Singapura.

“Mereka perlu menjelaskan kepada komuniti kami, mengapa negara anda, kerajaan anda menolak kami, mengapa kerajaan anda mengusir kami. kenapa? Kerana keganasan, IS, narkotik?”

Di laman Instagram Somad, yang mempunyai 6.5 juta pengikut, ulama itu menyiarkan gambar dirinya sebelum meninggalkan Singapura di dalam bilik dengan bahagian atas kurungan yang diumpamakannya sebagai “penjara”.

Majlis Ulama Indonesia (MUI), majlis ulama tertinggi negara itu, mengkritik tindakan menyekat Somad dan mempertikaikan dakwaan Singapura bahawa beliau ekstremis, menurut laporan CNN Indonesia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.