Qatar kecam pembunuhan wartawan Al-Jazeera di Tebing Barat

Qatar kecam pembunuhan wartawan Al-Jazeera di Tebing Barat

Penceroboh Israel membunuh wartawan Al Jazeera Shireen Abu Akleh dengan menembaknya di muka ketika beliau memakai jaket media dan topi keledar.

Pembantu Menteri Luar Qatar Lolwah Alkhater berkata, wartawan Al Jazeera Shireen Abu Akleh sedang membuat liputan serangan Israel ke atas kem pelarian Jenin apabila wartawan wanita itu dibunuh. (Gambat Facebook)
ANKARA:
Kementerian Luar Qatar pada Rabu mengecam pembunuhan seorang wartawan veteran Al Jazeera oleh tentera Israel di Tebing Barat yang dicerobohi, lapor Agensi Anadolu.

Wartawan Al Jazeera Shireen Abu Akleh, 51, ditembak mati di bandar Jenin.

Seorang lagi wartawan, Ali Al-Samoudi, ditembak di belakang, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

“Penceroboh Israel membunuh wartawan Al Jazeera Shireen Abu Akleh dengan menembaknya di muka ketika beliau memakai jaket media dan topi keledar,” ciap Pembantu Menteri Luar Lolwah Alkhater di Twitter.

Alkhater menegaskan bahawa wartawan Akleh sedang membuat liputan serangan Israel ke atas kem pelarian Jenin apabila wartawan wanita itu dibunuh.

“Keganasan yang didokong negara Israel ini mesti dihentikan, sokongan tanpa syarat kepada Israel mesti ditamatkan,” tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.