
Hampir 61% daripada 110 juta penduduk Filipina telah diberi vaksin, manakala hampir 13 juta individu telah menerima dos penggalak pertama, menurut data kerajaan.
Daripada 690,000 orang yang dianggap golongan paling rentan, antara 7,000 dan 13,000 individu pada mulanya disasarkan untuk menerima dos penggalak kedua, bagi meningkatkan perlindungan terhadap Covid dan variannya.
“Oleh kerana liputan vaksinasi yang semakin meningkat, sementara Covid-19 masih ada, dalam masa terdekat kita boleh menganggap ini sebagai penyakit endemik,” kata Setiausaha Kesihatan Francisco Duque dalam sebuah forum awam.
Antara yang telah meluluskan dos penggalak kedua ialah Korea Selatan, Taiwan dan Singapura, yang berharap dapat mencegah kebangkitan semula Covid-29, terutamanya di kalangan warga tuanya, yang sudah pun membuka beberapa sekatan minggu ini.
Filipina berhati-hati dengan pembukaan semula, walaupun terdapat usaha untuk memulihkan ekonomi yang menguncup lebih daripada 9% pada tahun 2020, yang merupakan antara yang paling pesat berkembang di Asia sebelum wabak itu.
Dengan 3.68 juta kes secara keseluruhan dan lebih daripada 60,000 kematian, negara itu telah mengalami salah satu krisis Covid yang paling teruk di Asia Tenggara, walaupun jangkitan harian baharu telah menurun dengan ketara, kini pada purata 207 sehari, hanya 1% daripada kemuncaknya, menurut penjejak data global Reuters.