5 cedera tembakan rambang selepas tarawih di masjid Kanada

5 cedera tembakan rambang selepas tarawih di masjid Kanada

Kejadian berlaku di daerah Scarborough apabila sekumpulan lelaki melepaskan tembakan sebaik selesai menunaikan solat tarawih.

Sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan manakala bilangan suspek yang terlibat dalam kejadian itu masih belum dapat dipastikan, menurut polis Toronto. (Gambar AFP)
TORONTO:
Seramai lima orang cedera dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Toronto, Kanada pada Sabtu, lapor agensi Anadolu.

Jurucakap Jabatan Polis Toronto, David Rydzik berkata kejadian berlaku di daerah Scarborough apabila sekumpulan lelaki melepaskan tembakan sebaik selesai menunaikan solat tarawih.

Beliau berkata sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan manakala bilangan suspek yang terlibat dalam kejadian itu masih belum dapat dipastikan.

“Motif sebenar kejadian masih disiasat,” kata Rydzik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.