
Jumlah kematian itu termasuk 118 orang di tengah Filipina dan tiga di selatan negara itu, kawasan yang mengalami banjir serta tanah runtuh besar akibat ribut tropika Megi.
Bagaimanapun, Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan melaporkan hanya 76 kematian dan 29 orang hilang setakat ini. Agensi itu yang menerima laporan dari wilayah terjejas akibat bencana berkata, ia sedang mengesahkan jumlah korban.
Jurucakap polis di wilayah Visayas Timur berkata, sehingga Khamis, 113 orang maut akibat tanah runtuh dan banjir di wilayah itu.
Menurutnya, 81 orang maut dalam tanah runtuh di Baybay City, 31 orang di bandar Abuyog, wilayah Leyte, satu di wilayah Samar, selain lima lagi hilang dan sekurang-kurangnya 236 penduduk cedera dalam ribut itu.
Megi, yang membadai kawasan darat pada Ahad lalu, merupakan ribut tropika pertama yang melanda negara Asia Tenggara itu tahun ini, dengan kira-kira 20 taufan dan ribut setiap tahun.
Kepulauan Filipina terletak di lingkaran taufan Pasifik, menjadikannya antara negara yang paling terdedah kepada bencana di dunia.