3 maut kemalangan kereta kabel di India

3 maut kemalangan kereta kabel di India

Seramai 35 mangsa daripada 10 kereta kabel telah diselamatkan menggunakan helikopter.

Misi menyelamat sejak Ahad lalu melibatkan 28 penerbangan bagi mengeluarkan mangsa yang terkandas di laluan kereta api Trikut Hills di daerah Deoghar. (Gambar Reuters)
NEW DELHI:
Tiga terbunuh dan berpuluh-puluh lagi berjaya diselamatkan dalam kemalangan kereta kabel di Jharkhand, India.

Agensi pengurusan bencana dan pasukan pentadbiran tempatan telah menjalankan misi menyelamat sejak insiden berlaku pada Ahad.

Tentera Udara India pada Selasa memaklumkan seramai 35 mangsa daripada 10 kereta kabel telah diselamatkan menggunakan helikopter.

Sebanyak 28 penerbangan telah dikendalikan dalam tempoh 26 jam misi menyelamat dijalankan pada Isnin dan Selasa bagi mengeluarkan mangsa yang terkandas di laluan kereta api Trikut Hills di daerah Deoghar.

Menurut jabatan pelancongan Jharkhand, sistem kereta kabel Trikut Hills sepanjang 766 meter itu ialah laluan menegak tertinggi di India.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.