Pesawat China Eastern bawa 133 penumpang terhempas di barat daya China

Pesawat China Eastern bawa 133 penumpang terhempas di barat daya China

Pesawat jenis Boeing 737 itu terhempas di sebuah kawasan pedalaman dekat bandar Wuzhou, wilayah Guangxi dan mencetuskan ‘api setinggi gunung’,

Pesawat Boeing 737 itu terhempas di kawasan luar bandar berhampiran bandar Wuzhou. (Gambar Twitter CEAirglobal)
BEIJING:
Sebuah pesawat China Eastern yang membawa 133 penumpang dan mencetuskan ‘gunung api’, dengan angka kematian masih belum diketahui, lapor stesen penyiaran rasmi, CCTV hari ini.

Pesawat jenis Boeing 737 itu terhempas di sebuah kawasan pedalaman dekat bandar Wuzhou, wilayah Guangxi dan mencetuskan ‘api setinggi gunung’, kata CCTV yang memetik kenyataan biro pengurusan kecemasan tempatan.

Tambah laporan berkenaan, pasukan penyelamat telah dikerah ke lokasi kejadian.

CCTV menyatakan, sebuah pesawat Boeing 737 China Eastern membawa 133 orang telah terhempas di daerah Teng dan mencetuskan api setinggi gunung

Media tempatan pula melaporkan bahawa Penerbangan MU5735 milik China Eastern gagal tiba ke destinasinya di Guangzhou selepas berlepas dari bandar Kunming sejurus selepas pukul 1 tengah hari ini (waktu tempatan).

Pihak China Eastern masih belum mengulas berhubung nahas tersebut ketika di hubungi AFP.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.