Walt Disney henti semua aktiviti perniagaan di Rusia

Walt Disney henti semua aktiviti perniagaan di Rusia

Keputusan itu termasuk pelesenan terhadap kandungan dan produk, aktiviti 'Disney Cruise Line', majalah dan lawatan 'National Geographic'.

Pada 28 Feb, Walt Disney mengumumkan bahawa ia telah menghentikan sementara tayangan filemnya di Rusia. (Gambar AFP)
ANKARA:
Syarikat Walt Disney pada Khamis mengumumkan semua aktiviti perniagaannya di Rusia akan dihentikan berikutan peperangan berterusan di Ukraine, lapor Agensi Anadolu.

Keputusan itu termasuk pelesenan terhadap kandungan dan produk, aktiviti “Disney Cruise Line”, majalah dan lawatan “National Geographic”, penerbitan kandungan tempatan dan penyampaian kandungan video melalui rangkaian siaran atau kabel, menurut Disney menerusi satu kenyataan.

“Sesetengah daripada aktiviti perniagaan itu boleh dan akan kami hentikan serta-merta. Lain-lain — seperti penyampaian kandungan video dan beberapa kandungan serta pelesenan produk — akan mengambil masa disebabkan isu kontrak,” tambah kenyataan itu.

Dalam pada itu, Disney berkata ia akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi pertubuhan bukan kerajaan untuk menyalurkan bantuan segera kepada pelarian.

Pada 28 Feb, syarikat itu mengumumkan bahawa ia telah menghentikan sementara tayangan filemnya di Rusia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.