Pemimpin Hong Kong kata ujian Covid wajib ‘bukan keutamaan’

Pemimpin Hong Kong kata ujian Covid wajib ‘bukan keutamaan’

Ujian pantas akan digunakan dan bukannya ujian PCR bagi menganggarkan jumlah jangkitan di bandar raya itu.

Seorang lelaki melalui rak kosong di bahagian barangan sejuk beku sebuah pasar raya di Hong Kong pada 8 Mac. (Gambar AP)
HONG KONG:
Pemimpin Hong Kong hari ini berkata, ujian wajib Covid bukanlah keutamaan, selepas ia bulan lalu mengumumkan bahawa kerajaan berhasrat untuk menyaring lebih 7.3 juta penduduknya untuk virus itu.

Dua minggu lalu Carrie Lam berkata, semua penduduk perlu menjalani tiga kali ujian wajib – mencetuskan kembimbangan di bandar raya padat penduduk itu yang kini sedang berdepan gelombang Omicron.

Namun, pengumuman pada hari ini menandakan penarikan semula lamkah berkenaan, kerana pihak berkuasa kini beralih kepada menggunakan ujian pantas – bukannya ujian PCR – untuk menentukan anggaran kes di bandar raya itu, kata Lam.

“Sebilangan besar (ujian pantas) telah digunakan … yang membolehkan kami memahami situasi Hong Kong dengan baik,” katanya.

“Apa yang kami lakukan sekarang ialah perancangan dan persediaan tetapi ia bukan keutamaan buat masa ini,” katanya, sambil menambah bahawa rancangan untuk melaksanakan ujian secara besar-besaran belum dibatalkan.

Meskipun berdepan kesukaran susulan strategi sifar Covid yang dilaksanakan di tanah besar, Hong Kong antara yang mencatatkan kadar kematian tertinggi di dunia.

Majoriti yang maut adalah warga emas, antara yang yang paling teragak-agak menerima vaksin di bandar itu — kurang daripada 60% penduduk berumur 70 tahun ke atas telah menerima dua dos vaksin.

Pakar kesihatan – termasuk penasihat pandemik utama Hong Kong – telah menyatakan keraguan terhadap keberkesanan ujian besar-besaran, terutamanya ketika bandar raya itu yang pada ketika ini tidak mempunyai kemudahan kuarantin yang mencukupi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.