Tentera Rusia serang hospital selepas mendarat di Kharkiv

Tentera Rusia serang hospital selepas mendarat di Kharkiv

Kharkiv, sebuah bandar besar didiami penutur bahasa Rusia terletak berhampiran sempadan Russia, mempunyai populasi sekitar 1.4 juta orang.

Kenderaan pengangkut berperisai Rusia antara kenderaan utiliti ringan yang musnah terbakar selepas bertempur di Kharkiv pada Ahad. (Gambar AP)
KYIV:
Tentera udara Rusia mendarat di bandar Kharkhiv, dekat timur Ukraine hari ini, menyaksikan berlaku serangan serta-merta, dakwa tentera Ukraine.

“Tentera udara Rusia mendarat di Kharkiv…dan menyerang sebuah hospital tempatan. Sedang berlaku pertempuran antara penceroboh dan rakyat Ukraine,” kata pihak tentera dalam satu kenyataan di aplikasi Telegram.

Kharkiv, sebuah bandar besar didiami penutur bahasa Rusia terletak berhampiran sempadan Russia, mempunyai populasi sekitar 1.4 juta orang.

Ia menjadi sasaran tentera Russia sejak Presiden Vladimir Putin melancarkan serangan ke atas Ukraine Khamis lalu.

Menurut Anton Gerashchenko, penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, kebakaran berlaku pada hari Rabu di berek sebuah sekolah penerbangan di bandar itu berikutan serangan udara.

“Secara praktikal tiada kawasan yang tinggal di Kharkiv di mana peluru meriam masih belum terkena,” katanya dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan di Telegram.

Di Kherson di Laut Hitam, yang mana pegawai semalam melaporkan pusat pemeriksaan Russia mengelilingi seluruh bandar, Tentera Russia mengambil kawalan stesen kereta api dan pelabuhan semalaman, kata Datuk Bandar, Igor Kolykhayev yang dipetik media tempatan.

Di Mariupol, sebuah pelabuhan di Laut Azov, lebih 100 orang cedera semalam akibat serangan tentera Russia, dakwa datuk bandar itu, Vadym Boychenko seperti dilaporkan media Ukraine.

Di Borodyanka, 50 kilometer (km) dari Kyiv, serangan udara tentera Russia semalam memusnahkan dua bangunan kediaman, kata Timbalan Menteri Luar Ukraine, Emine Dzhaparova yang berkongsi video bangunan berwarna kelabu separuh musnah dan apartment terbakar.

Menteri Pertahanan Ukraine berkata, pihaknya turut bimbang dengan serangan dari Belarus.

“Tentera Belarus diletakkan dalam waspada tinggi dan menumpukan kawasan berdekatan sempadan dengan Ukraine,” kata kementerian dalam satu kenyataan di Facebook.

Pada waktu siang semalam, unit perisikan Ukraine mengesan ‘aktiviti ketara’ pesawat di kawasan sempadan dan konvoi kenderaan membawa makanan serta peluru turut kelihatan di situ, menurut kenyataan sama.

Kementerian memberi amaran pergerakan sedemikian memungkinkan Belarus menyokong penceroboh Russia dalam perangan antara Russia-Ukraine pada masa hadapan.

“Serangan peluru berpandu menyasarkan tentera dan orang awam dilancarkan secara sistematik dari wilayah Belarus sejak permulaan pencerobohan oleh Russia pada 24 Feb lalu, tambah kementerian itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.