Ukraine berusaha sertai NATO walaupun berdepan tekanan

Ukraine berusaha sertai NATO walaupun berdepan tekanan

Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba berkata bilangan negara Eropah menentang cadangan kemasukan negaranya dalam NATO adalah sedikit dan Amerika Syarikat tidak tersenarai.

Majoriti rakyat Ukraine mahu negara bekas soviet itu menjadi ahli NATO, selain mahu menjadikan negara demokrasi berkenaan lebih selamat berdepan ancaman keselamatan dari Rusia. (Gambar AP)
MOSCOW:
Ukraine berusaha menjadi sebahagian daripada anggota NATO meskipun terdapat beberapa negara Eropah memberi isyarat agar melupakan hasrat itu, kata Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba, lapor Sputnik.

“Majoriti rakyatnya mahu Ukraine menjadi ahli NATO. Satu-satunya isyarat yang kami hantar kepada dunia ialah jika Ukraine berjaya dan jika Rusia berundur, ia akan menjadi lebih selamat untuk sebuah negara demokrasi,” kata Kuleba dalam temu bual dengan stesen penyiar Amerika Syarikat (AS), CBS.

Beberapa negara anggota NATO menghantar mesej meminta Ukraine mengetepikan hasrat itu, kata Kuleba.

Menurut Kuleba, bilangan negara Eropah berbuat demikian adalah “sedikit” dan AS tidak tersenarai.

Pada Sabtu, Canselor Jerman Olaf Scholz, berkata keahlian Ukraine dalam NATO tiada dalam agenda dan tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.