Cuaca buruk di Hokkaido, ratusan khidmat kereta api, penerbangan dibatal

Cuaca buruk di Hokkaido, ratusan khidmat kereta api, penerbangan dibatal

Ia akibat angin kencing dan salji tebal yang melanda wilayah di Jepun itu.

Salji setebal sembilan inci menyeliputi Hokkaido dalam tempoh tiga jam dan beberapa kawasan, termasuk di Sapporo, diselaputi salji setebal 38 inci.
TOKYO:
Angin kencang dan salji tebal melanda wilayah Hokkaido di Jepun, mengakibatkan 683 perkhidmatan kereta api serta 136 penerbangan dibatalkan, lapor Sputnik.

Penerbangan yang dijadualkan berlepas dan tiba di Lapangan Terbang New Chitose turut dibatalkan, termasuk penerbangan tempatan, lapor NHK pada Isnin.

Sementara itu, salji setebal sembilan inci menyeliputi kepulauan itu dalam tempoh tiga jam dan beberapa kawasan, termasuk di Sapporo, diselaputi salji setebal 38 inci.

Dalam tempoh 24 jam akan datang, wilayah utara dan timur laut Jepun dijangka dilanda salji setebal 19-27 inci.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.