Rakyat AS digesa tinggalkan Ukraine segera

Rakyat AS digesa tinggalkan Ukraine segera

Pada 23 Jan lalu Jabatan Negara mengarahkan ahli keluarga kakitangan kedutaan dan pekerjanya yang layak untuk meninggalkan Kyiv.

Amerika Syarikat menggesa rakyatnta menghentikan perjalanan ke Ukraine kerana ancaman tindakan ketenteraan Rusia dan Covid-19 semakin meningkat. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Amerika Syarikat sekali lagi menggesa rakyatnya meninggalkan Ukraine dengan kadar segera berikutan dakwaan ancaman tindakan ketenteraan Rusia, kata Jabatan Negara AS dalam satu panduan perjalanan, lapor Sputnik.

“Hentikan perjalanan ke Ukraine kerana ancaman tindakan ketenteraan Rusia dan Covid-19 semakin meningkat; mereka yang berada di Ukraine harus keluar sekarang melalui penerbangan komersial atau persendirian.

“Jika masih kekal di Ukraine, tingkatkan langkah pengawasan kerana jenayah, pergolakan awam, dan operasi tempur mungkin berlaku sekiranya Rusia mengambil tindakan ketenteraan. Beberapa kawasan berdepan risiko lebih tinggi,” menurut panduan perjalanan itu pada Khamis.

Pada 23 Jan, Jabatan Negara mengarahkan ahli keluarga kakitangan kedutaan dan pekerjanya yang layak untuk meninggalkan Kyiv.

Jurucakap Jabatan Negara Ned Price pada Februari berkata, sehingga Oktober lepas dianggarkan sekitar 6,600 warganegaranya menetap di Ukraine, manakala beberapa saluran berita melaporkan sekurang-kurangnya 30,000 rakyat Amerika berada di negara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.