
Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan Ahad lalu selepas anggota itu yang merupakan sebahagian daripada pasukan rondaan, hilang di Sektor Kameng di Arunachal Pradesh.
“Mayat kesemua tujuh mangsa ditemui di tapak runtuhan salji. Malangnya, di sebalik usaha terbaik semua yang terlibat, semua mangsa disahkan meninggal dunia,” kata tentera pada Selasa.
Mereka yang terkorban ialah Jugal Kishore, Arun Kattal, Akshay Pathania, Vishal Sharma, Rakesh Singh, Ankesh Bhardwaj dan Gurbaj Singh
Ketua Menteri Arunachal, Pradesh Pema Khandu mengumumkan pemberian ex gratia sebanyak 400,000 rupee (RM22,400) kepada keluarga setiap tentera yang terkorban.