Larangan berhijab: Sekolah, kolej di Karnataka India, ditutup susulan ketegangan

Larangan berhijab: Sekolah, kolej di Karnataka India, ditutup susulan ketegangan

Negeri di selatan India itu tegang selama beberapa hari selepas beberapa sekolah di daerah pesisir pantai Udupi melarang gadis berhijab.

Pelajar Islam di New Delhi mengadakan protes hari ini terhadap larangan berhijab di sekolah Karnataka. (Gambar AP)
NEW DELHI:
Negeri Karnataka di selatan India menutup semua sekolah tinggi dan kolej selepas tercetus ketegangan selepas gadis Islam datang ke kelas memakai hijab.

Negeri diperintah nasionalis Hindu Parti Bharatiya Janata (BJP) tegang selama beberapa hari berturut-turut selepas beberapa sekolah di daerah pesisir pantai Udupi melarang gadis berhijab.

Tindakan itu mencetuskan bantahan oleh pelajar Islam, keluarga dan kumpulan masyarakat mereka yang mengatakan tindakan itu merupakan diskriminasi agama.

Ramai gadis diganggu di khalayak ramai oleh pelajar yang berpihak kepada kumpulan nasionalis Hindu.

“Saya merayu kepada semua pelajar, guru dan pengurusan sekolah dan kolej serta penduduk Karnataka untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian. Saya telah mengarahkan penutupan semua sekolah menengah dan kolej untuk tiga hari akan datang. Semua yang berkenaan diminta memberi kerjasama,” ciap Ketua Menteri Karnataka Basavaraj Bommai di tweeter pada Selasa.

Bantahan turut dianjurkan di luar Udupi sebagai sokongan terhadap pelajar berhijab.

Mahkamah Tinggi Karnataka mendengar kes itu pada Selasa dan akan mendengar hujah lanjut pada Rabu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.