Trump sedia ampun perusuh Capitol jika menang pemilihan presiden 2024

Trump sedia ampun perusuh Capitol jika menang pemilihan presiden 2024

Lebih setahun lalu, sekumpulan penyokong Trump merusuh dalam bangunan Capitol AS bagi membantah keputusan pilihan raya presiden 2020 di beberapa negeri yang Trump dakwa berlaku penipuan.

Donald Trump berkata, beliau akan memberi pengampunan kepada perusuh yang menyerang bangunan Capitol AS pada 6 Jan 2021, jika beliau bertanding dalam pilihan raya presiden 2024 dan menang. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau akan memberi pengampunan kepada perusuh yang menyerang bangunan Capitol AS pada 6 Jan 2021, jika beliau bertanding dalam pilihan raya presiden 2024 dan menang.

“Jika saya bertanding dan jika saya menang, kami akan melayan mereka yang terlibat dalam insiden 6 Jan dengan adil, dan jika ia memerlukan pengampunan, kami akan berikan pengampunan kepada mereka kerana mereka menerima layanan tidak adil,” kata Trump dalam satu perhimpunan di Texas pada Sabtu, lapor Sputnik.

Bekas presiden itu bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada beliau bercadang untuk bertanding semula jawatan itu.

Lebih setahun lalu, sekumpulan penyokong Trump merusuh dalam bangunan Capitol AS bagi membantah keputusan pilihan raya presiden 2020 di beberapa negeri yang Trump dakwa berlaku penipuan.

Pihak berkuasa AS telah menahan lebih 725 individu di hampir semua 50 negeri berikutan kesalahan jenayah berhubung insiden rusuhan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.