5 maut dalam kebakaran rumah jagaan warga emas di Sepanyol

5 maut dalam kebakaran rumah jagaan warga emas di Sepanyol

Siasatan awal mendapati litar pintas dalam unit oksigen mungkin punca kebakaran itu.

Kesan kebakaran boleh dilihat di luar sebuah rumah penjagaan warga emas di bandar Valencia, Sepanyol pada Rabu. (Gambar AP)
MADRID:
Lima maut dan beberapa lagi cedera dalam kebakaran di sebuah rumah penjagaan warga emas di bandar Valencia, timur Sepanyol pada Rabu, lapor media tempatan memetik kenyataan perkhidmatan kecemasan.

Menerusi catatan Twitter pasukan bomba tempatan, lima mangsa dilaporkan terkorban dan 11 lagi dibawa ke hospital akibat terhidu asap, manakala 70 penghuni lain terpaksa dipindahkan, lapor Xinhua.

Apabila anggota bomba tiba di lokasi kejadian, api merebak sehingga memusnahkan satu bahagian sayap bangunan, lapor agensi berita Sepanyol EFE.

Kebakaran berjaya dikawal sekitar 1.20 pagi (0020 GMT) pada Rabu, katanya.

Menurut media tempatan, siasatan awal mendapati litar pintas dalam unit oksigen mungkin menjadi punca kebakaran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.