
Ubat tradisional Cina itu, Jinhua Qinggan Granules, buatan Juxiechang (Beijing) Pharmaceutical Co Ltd, sudahpun digunakan dalam rawatan Covid-19 di China.
“Memandangkan ia dicuba atas pesakit dengan pelbagai varian Covid-19, kami menjangkanya berkesan terhadap Omicron serta varian lain,” kata Profesor Iqbal Chaudhry, Pengarah Pusat Sains Kimia dan Biologi Antarabangsa, di mana ujian itu dilaksanakan.
Ujian dilakukan terhadap 300 pesakit yang dirawat di rumah, melibatkan kes bergejala ringan dan sederhana, kata pakar utama dalam proses berkenaan, Dr Raza Shah. Katanya kadar keberkesanan adalah sekitar 82.67%.
Ujian itu diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawal Selia Ubatan Pakistan.
Pakistan melaporkan 4,340 kes Covid-19 hari ini, iaitu bilangan tertinggi direkodkan dalam tempoh 24 jam sejak tiga bulan lalu.
Karachi, bandar terbesar negara itu, merekodkan kadar kepositifan 39.39% pada hujung minggu lalu iaitu yang tertinggi setakat ini.