
RIYADH: Arab Saudi merekodkan kes jangkitan baharu tertinggi Covid-19 setakat ini, dengan data Kementerian Kesihatannya melebihi 5,000 kes pada Rabu.
Jangkitan di Arab Saudi yang mempunyai sekitar 35 juta penduduk – bilangan tertinggi di negara Teluk – meningkat secara drastik sejak permulaan tahun, susulan penularan varian Omicron.
Arab Saudi pada Rabu melaporkan 5,362 kes baharu dan dua kematian. Ini mengatasi jumlah kematian tertinggi direkodkan sebelum ini iaitu 4,919 pada Jun 2020.
Negara itu mewajibkan pemakaian pelitup muka sejak awal tahun.
Negara Teluk lain turut melihat lonjakan jangkitan dengan Kuwait dan Qatar turut menunjukkan rekod baharu kes tertinggi.