Kashmir: 12 maut dalam kejadian rempuhan di kuil

Kashmir: 12 maut dalam kejadian rempuhan di kuil

Kejadian berlaku selepas berlaku pertengkaran antara dua kumpulan lalu mengakibatkan orang ramai tolak-menolak dan kemudian berlaku kejadian rempuhan.

Orang ramai melawat kuil Mata Vaishno untuk upacara sembahyang pada hari pertama setiap tahun. (Gambar Twitter)
NEW DELHI:
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian rempuhan berhampiran sebuah kuil di Jammu, Kashmir pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan seorang anggota kanan polis.

Kejadian berlaku kira-kira 2.45 pagi waktu tempatan, selepas berlaku pertengkaran antara dua kumpulan lalu mengakibatkan orang ramai tolak-menolak dan kemudian berlaku kejadian rempuhan.

Kebanyakan mangsa yang terkorban dikatakan penduduk Delhi, Haryana, Punjab, dan seorang dari Kashmir, manakala mereka yang cedera telah dihantar ke hospital berhampiran.

Orang ramai melawat kuil Mata Vaishno untuk upacara sembahyang pada hari pertama setiap tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.