
Sebanyak 293 kematian direkodkan akibat wabak itu sejak pagi Isnin, menjadikan angka korban terkini mencecah 480,290.
Terdapat 75,456 kes aktif Covid-19 dilaporkan walaupun penurunan sebanyak 385 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Sebanyak 34,243,945 orang telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital setakat ini, dan 6,450 daripadanya dibenarkan pulang dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Sementara itu, jumlah kes melibatkan varian Omicron mencecah 653, dan Maharashtra serta Delhi masing-masing melaporkan 167 dan 165 kes.
Sehingga kini 186 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah, menurut data Kementerian Kesihatan.