Amerika Syarikat lulus pil molnupiravir untuk rawatan Covid-19

Amerika Syarikat lulus pil molnupiravir untuk rawatan Covid-19

Ia adalah pil kedua diluluskan FDA untuk merawat Covid-19 selepas pil keluaran Pfizer.

Pil molnupiravir hanya boleh didapati melalui preskripsi dan harus dimulakan secepat mungkin selepas diagnosis Covid-19, menurut FDA. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan penggunaan pil antivirus keluaran syarikat farmaseutikal Merck untuk rawatan Covid-19 yang ringan hingga sederhana.

Pil dikenali sebagai molnupiravir itu adalah yang kedua diluluskan untuk merawat Covid-19 selepas pil keluaran Pfizer, lapor Xinhua.

Ia dibenarkan bagi kegunaan orang dewasa dengan keputusan positif ujian virus SARS-CoV-2 dan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan lebih teruk, termasuk kemasukan ke hospital atau kematian.

Molnupiravir hanya boleh didapati melalui preskripsi dan harus dimulakan secepat mungkin selepas diagnosis, dan dalam tempoh lima hari selepas mempunyai simptom, menurut FDA.

FDA meluluskan pil antivirus Paxlovid keluaran Pfizer pada Rabu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.