75 jangkitan baharu, keseluruhan 160 kes Omicron di Jepun

75 jangkitan baharu, keseluruhan 160 kes Omicron di Jepun

Seramai 68 daripada 75 kes baharu itu disahkan positif menerusi ujian saringan di pusat pemeriksaan kuarantin lapangan terbang.

Kakitangan kesihatan membantu penumpang yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, di timur Tokyo, melakukan proses kuarantin pencegahan Covid-19 awal bulan ini. (Gambar AP)
TOKYO:
Seramai 75 orang di Jepun dikenal pasti dijangkiti varian Omicron pada Rabu, jumlah jangkitan harian tertinggi yang sekali gus menjadikan keseluruhan kes melibatkan varian baharu Covid-19 itu meningkat kepada 160 orang.

Daripada 75 kes itu, 68 orang berusia 70-an atau lebih muda disahkan positif menerusi ujian saringan di pusat pemeriksaan kuarantin lapangan terbang, selepas tiba dari beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Afrika.

Jiji Press melaporkan baki tujuh kes membabitkan empat kes dikesan di Osaka, dua di Okinawa dan seorang pegawai kuarantin lapangan terbang.

Sementara itu, 262 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara pada Rabu dengan dua kematian, masing-masing satu di Tokyo dan Kanagawa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.