27 dikhuatiri maut kebakaran bangunan di Osaka

27 dikhuatiri maut kebakaran bangunan di Osaka

Kebakaran bermula di tingkat empat bangunan yang terletak berdekatan Stesen JR Osaka.

Kebakaran berjaya dipadamkan sekitar pukul 10.45 pagi waktu tempatan, menurut pihak bomba tempatan.
TOKYO:
Seramai 27 orang dikhuatiri maut dalam kebakaran sebuah bangunan di wilayah Osaka Jepun pada Jumaat, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Kebakaran bermula di tingkat empat bangunan yang terletak berdekatan Stesen JR Osaka dan berjaya dipadamkan sekitar pukul 10.45 pagi waktu tempatan, menurut pihak bomba tempatan, yang menerima laporan kebakaran sekitar pukul 10.20 pagi waktu tempatan.

Api merebak di kawasan seluas kira-kira 20 meter persegi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.