
Pengarah Komunikasi Bencana Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Sumanee Wacharasin berkata data menunjukkan dari 15 Feb sebanyak 4,270 petugas barisan hadapan didapati positif Covid-19.
“Daripada jumlah itu, seramai 198 doktor dan 34 pelajar perubatan dijangkiti manakala ramai petugas perubatan dikuarantin selepas menjadi kontak rapat,” katanya pada taklimat harian Covid-19.
Sementara itu, Dr Sumanee berkata situasi Covid-19 semakin pulih apabila kes baharu terus menunjukkan penurunan.
Sepanjang 24 jam lalu, Thailand merekodkan 5,857 kes baharu Covid-19 dan 55 kematian, menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 2,081,992 setakat ini.
Thailand merekodkan lebih 20,000 kes Covid-19 dan lebih 200 kematian pada Ogos.