
Bekas pelajar, Nikolas Cruz, 19, yang bersenjatakan senapang separa automatik AR-15 melepaskan tembakan di Sekolah Marjorie Douglas Stoneman pada Hari Valentine 2018.
Enam minggu sebelum itu, seorang wanita menghubungi talian maklumat FBI selepas melihat catatan suspek di media sosial mengenai simpanan senjata dan pelurunya.
“Saya tahu dia akan bertindak,” kata wanita itu yang bimbang pemuda terbabit “akan menyusup ke sekolah dan melepaskan tembakan”.
Lima bulan sebelum tembakan berlaku, pemilik satu saluran YouTube melaporkan komen ditulis seorang pengguna bernama “nikolas cruz” di bawah videonya yang mendakwa dia akan menjadi “penembak sekolah profesional”.
Beberapa hari menjelang tembakan itu, FBI mengaku ia tidak mengambil tindakan terhadap dua maklumat yang diterimanya.
Akhbar itu melaporkan pengakuan FBI terhadap kesilapan itu mengecewakan keluarga mangsa yang bertindak menyaman biro itu atas kecuaian.
Cruz, yang kini berusia 23 tahun, mengaku bersalah terhadap 17 pertuduhan membunuh pada bulan lalu dan berkata dia “sangat menyesal”.
Dia sedang menunggu hukuman diumumkan dan pendakwa raya berkata, mereka akan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.