11 rentung, 8 parah bas bertembung di Rajasthan, India

11 rentung, 8 parah bas bertembung di Rajasthan, India

Nahas berlaku di lebuh raya yang menghubungkan daerah Barmer dengan Jodhpur, bandar kedua terbesar di negeri itu.

Video yang tular di media sosial menunjukkan bas itu dijilat api dan asal tebal menyelubungi lokasi kejadian. (Gambar Times Of India)
NEW DELHI:
Sekurang-kurangnya 11 orang rentung manakala lapan lagi parah selepas sebuah bas bertembung dengan lori di Rajasthan, India pada Rabu.

Nahas berlaku di lebuh raya yang menghubungkan daerah Barmer dengan Jodhpur, bandar kedua terbesar di negeri itu.

Video yang tular di media sosial menunjukkan bas itu dijilat api dan asal tebal menyelubungi lokasi kejadian.

“Sepuluh penumpang ditemukan rentung manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital,” kata seorang pegawai polis kepada media tempatan.

Mangsa yang cedera dihantar ke Jodhpur untuk menerima rawatan.

Kecuaian dan keadaan jalan raya tidak sempurna sering dikatakan menjadi punca nahas jalan raya di India.

Tahun lalu India mencatatkan sejumlah 354,796 nahas jalan raya yang meragut 133,201 nyawa dan 335,201 lagi cedera, menurut data kerajaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.