Gabenor California isytihar darurat susulan tumpahan minyak

Gabenor California isytihar darurat susulan tumpahan minyak

Ia susulan insiden tumpahan minyak di pesisir Pantai Huntington.

Insiden itu boleh menyebabkan sebanyak 144,000 gelen tumpahan minyak ke Lautan Pasifik, kata Gabenor California Gavin Newsom. (Gambar AP)
LOS ANGELES:
Gabenor California Gavin Newsom pada Isnin malam mengumumkan darurat di Orange County, California Selatan susulan insiden tumpahan minyak di pesisir Pantai Huntington.

“Insiden yang dilaporkan pada Sabtu pagi itu boleh menyebabkan sebanyak 144,000 gelen tumpahan minyak ke Lautan Pasifik,” kata Gavin Newsom, lapor agensi berita Xinhua.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.