5 insiden radang perut di Singapura selepas makan kuih bulan dari Malaysia

5 insiden radang perut di Singapura selepas makan kuih bulan dari Malaysia

Kementerian Kesihatan Singapura dan Agensi Makanan Singapura (SFA) memaklumkan seorang dimasukkan ke hospital.

Agensi Makanan Singapura mengarahkan pengimport segera hentikan jualan serta pengedarannya dan menarik balik produk berkenaan dari pasaran, menurut kenyataan bersama agensi itu dan Kementerian Kesihatan Singapura. (Gambar Freepik)
SINGAPURA:
Singapura sedang menyiasat lima insiden gastroenteritis atau keradangan perut membabitkan 23 orang yang dilaporkan mengalami gejala itu selepas makan kuih bulan dari Malaysia.

Dalam satu kenyataan bersama, Kementerian Kesihatan Singapura dan Agensi Makanan Singapura (SFA) memaklumkan seorang dimasukkan ke hospital dan sudah dibenarkan keluar manakala yang lain sama ada mendapatkan rawatan pesakit luar, berubat sendiri atau sembuh tanpa rawatan.

Menurut kenyataan itu, kuih bulan “Mao Shan Wang Snowskin” diimport oleh Mdm Ling Bakery Pte Ltd dan dijual di kedai-kedai runcit di Singapura.

“SFA telah mengarahkan pengimport segera hentikan jualan serta pengedarannya dan menarik balik produk berkenaan dari pasaran,” menurut kenyataan itu.

Gastroenteritis adalah radang perut dan usus yang menyebabkan cirit-birit, kekejangan perut, mual atau muntah, serta demam, akibat makanan atau air yang tercemar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.