
Menteri Kehakiman, Somsak Thepsutin berkata, banduan itu akan bekerja di taman perindustrian Jabatan Penjara Thailand.
“Pada peringkat awal, kira-kira 16,000 daripada 74,000 banduan bekerja di taman itu. Mereka akan menerima gaji harian 331 baht (RM44.70),” katanya.
Buat masa ini, dianggarkan 280,000 hingga 300,000 banduan berada di 143 penjara di seluruh negara, dengan lebih 80% terdiri daripada pesalah narkotik.
Somsak berkata, Jabatan Penjara bekerjasama dengan pihak swasta untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor pertanian, ternakan dan astrologi di kawasan perindustrian untuk mengelakkan mereka melakukan jenayah selepas dibebaskan.
Mei lalu, ribuan banduan di dua penjara utama Bangkok – Bangkok Remand Prison dan Central Women’s Correctional Institution dijangkiti Covid-19.
Media tempatan melaporkan lebih 10,000 kes Covid-19 dikesan di penjara di seluruh negara sehingga kini.