
Pejabat statistik negara Istat berkata, jangka hayat semasa kelahiran tahun lalu adalah 82 tahun berbanding 83.2 tahun pada 2019.
Penurunan itu lebih tinggi di beberapa wilayah seperti Bergamo dan Cremona di utara, pusat penularan Covid-19 pada awal 2020.
Secara purata, lelaki kehilangan 4.3 tahun dan 4.5 tahun, manakala wanita ialah 3.2 tahun serta 2.9 tahun di kawasan terbabit.
Lebih 129,500 orang yang dijangkiti Covid-19 meninggal dunia di Itali, dengan majoritinya di wilayah utara yang didiami 36% populasi.
Itali ialah negara Eropah pertama yang menghadapi penularan besar-besaran Covid-19 dan buat seketika, wilayah Lombardy yang juga pusat ekonomi negara itu, menjadi pusat penularan pandemik global.
Sejak itu, kerajaan melancarkan program vaksinasi yang menyaksikan hampir 72% populasi berumur 12 tahun ke atas sudah lengkap divaksin setakat Isnin.