Sekurang-kurangnya 19 maut nahas bot penumpang di Bangladesh

Sekurang-kurangnya 19 maut nahas bot penumpang di Bangladesh

Kejadian berlaku di Sungai Titas di daerah Brahmanbaria.

Wakil pesuruhjaya daerah berkata beberapa lagi penumpang kebanyakan wanita dan kanak-kanak diselamatkan dengan bantuan penduduk tempatan. (Gambar AP)
DHAKA:
Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh selepas sebuah bot yang sarat dengan penumpang melanggar kapal membawa muatan pasir di timur Bangladesh pada Jumaat lapor agensi Anadolu.

“Sekurang-kurangnya 19 mayat ditemui sementara ramai lagi masih hilang. Beberapa lagi penumpang kebanyakan wanita dan kanak-kanak diselamatkan dengan bantuan penduduk tempatan,” kata wakil pesuruhjaya daerah Hayat Ud Dowlah Khan.

Beliau berkata bot itu membawa lebih 100 penumpang dan jumlah sebenar mangsa yang hilang hanya dapat dimaklumkan apabila misi mencari dan menyelamat selesai.

Kejadian berlaku di Sungai Titas di daerah Brahmanbaria, katanya.

“Bot itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar kapal yang datang dari arah bertentangan,” lapor media tempatan, memetik mangsa dan saksi kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.