
Pegawai Taliban itu berkata, ramai anggota kumpulan berkenaan turut cedera. Menurut Pentagon, sekurang-kurangnya dua letupan dilaporkan berlaku.
Kejadian itu berlaku dalam pada Amerika Syarikat dan sekutunya menggesa rakyat Afghanistan meninggalkan kawasan itu kerana bimbang ancaman militan Daesh.
Seorang pegawai AS berkata, anggota tenteranya juga antara yang cedera.
Beliau bagaimanapun berkata baru menerima laporan awal, susulan itu jumlah mangsa mungkin meningkat.
Beliau juga mengesahkan ada mangsa yang maut tetapi tidak dapat memberi jumlah atau kerakyatan mereka.
Ribuan orang berhimpun di luar lapangan terbang itu sejak beberapa hari lalu. Tentera negara Barat berusaha mengeluarkan rakyat asing serta rakyat Aghanistan yang membantu negara luar dalam perang 20 tahun terhadap Taliban, selain perlu meninggalkan negara itu sebelum 31 Ogos.
Setiausaha Akhbar Pentagon John Kirby berkata letupan dilaporkan namun tiada maklumat mengenai mangsa.
Seorang diplomat Barat di Kabul sebelum itu berkata, kawasan di luar pintu pagar lapangan terbang “amat sesak” walaupun ada amaran dikeluarkan mengenai kemungkinan serangan dilancarkan di situ.
Butiran kejadian belum diperolehi, namun maklumat diterima sebelum ini membayangkan kemungkinan serangan oleh militan Daesh.
Taliban, yang pejuangnya menjaga kawasan sekitar lapangan terbang itu, adalah seteru Daeash di Afghan, yang dikenali sebagai Islamic State Khorasan (ISIS-K) di negara itu.
“Pengawal kami turut menggadai nyawa di lapangan terbang Kabul. Mereka juga berdepan ancaman kumpulan Daesh,” kata seorang pegawai Taliban yang enggan dikenali, sebelum letupan berlaku.
Presiden AS Joe Biden telah diberi taklimat mengenai letupan itu, kata pegawai Rumah Putih.
Beliau sedang bermesyuarat dengan pegawai keselamatan mengenai keadaan di Afghanistan ketika menerima laporan mengenai letupan itu, kata sumber.
Kabul melihat pemindahan besar-besaran rakyat tempatan dan keluarga mereka, serta beberapa warga tempatan, sejak sehari sebelum Taliban menguasai bandar itu pada 15 Ogos susulan tentera AS serta sekutunya mengundur dari Afghanistan.