Lebih 20 maut, 50 hilang dalam banjir kilat di Tennessee

Lebih 20 maut, 50 hilang dalam banjir kilat di Tennessee

Agensi Pengurusan Kecemasan Tennessee mengisytiharkan darurat Tahap Tiga pada Sabtu.

Jalan dan lebuh raya serta kediaman di Tennessee khususnya Humphreys County ditenggelami air banjir, menyebabkan lebih 4,000 orang terputus bekalan elektrik. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Angka kematian akibat banjir di Tennessee pada Ahad melebihi 20 orang dengan lebih 50 lagi masih hilang, lapor Sputnik memetik media Amerika Syarikat (AS).

Bayi kembar adalah antara yang meninggal dunia, lapor NBC pada Ahad memetik Syerif Humphreys County, Chris Davis.

Sementara itu, Ketua Timbalan Pejabat Syerif Humphreys County Rob Edwards, memberitahu New York Times 22 maut termasuk sepasang bayi kembar berusia tujuh bulan.

Dalam ucapannya pada Ahad, Presiden AS Joe Biden mengucapkan takziah kepada mangsa yang terjejas dan berjanji akan menghantar semua bantuan yang diperlukan.

Jalan dan lebuh raya serta kediaman di Tennessee khususnya Humphreys County ditenggelami air banjir, menyebabkan lebih 4,000 orang terputus bekalan elektrik.

Berikutan itu, Agensi Pengurusan Kecemasan Tennessee mengisytiharkan darurat Tahap Tiga pada Sabtu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.